0
Home  ›  Faedah  ›  Ilmu  ›  Tarim

SYEIKH ABDUL RAHMAN BAJALHABAN

"SYEIKH ABDUL RAHMAN BAJALHABAN . Syeikh Abd Rahman Bin Ahmad Ba Jalhaban merupakan salah seorang waliyullah yang hidup sezaman Syeikh Abd Rahman "


SYEIKH ABD RAHMAN BAJALHABAN

SYEIKH ABD RAHMAN BAJALHABAN 1

Syeikh Abd Rahman Bin Ahmad Ba Jalhaban merupakan salah seorang waliyullah yang hidup sezaman Syeikh Abd Rahman As Segaf. Tidak banyak kisah yang dinukilkan mengenai beliau antaranya sewaktu beliau bersama murid - muridnya keluar disebuah kawasan pergunungan dan padang pasir, datang seorang pengembala kambing dengan pakaian yang compang camping meminta sedekah.


Syeikh Abd Rahman melayan pengembala tersebut dengan baik dan memberikan sedikit makanan dan sedeqah sehingga menghairankan para muridnya yang berfikiran bahawasanya pengembala tersebut tidak layak menerima makanan dan sedeqah.


Setelah pengembala itu pulang maka para murid bertanya kepada gurunya hal yang demikian, maka jawablah Syeikh Abd Rahman BaJalhaban bahawasanya pengembala kambing tersebut ialah Nabi Allah Khidir A.S. yang datang menziarahi beliau dengan menyamar sebagai seorang pengembala kambing.


KISAH 2

Syeikh Abd Rahman mempunyai seorang isteri yang solehah tetapi sering berleter dan marah kepada beliau di rumah atas sebab - sebab tertentu. Akhirnya, Syeikh Abd Rahman tidak tahan akan leteran tersebut dan mengambil keputusan untuk pergi beruzlah (mengasingkan diri) daripada isterinya di tempat yang sunyi dan tenang.


Beliau berjalan sehingga terjumpa sebuah gua dan mengambil keputusan untuk beruzlah didalam gua tersebut. Sewaktu masuk ke dalam gua tersebut beliau bertemu dengan dua pemuda yang juga sedang berzikir dan beruzlah di gua tersebut tersebut.

Setelah beberapa lama didalam gua, maka 2 pemuda tersebut memberitahu kepada Syeikh Abd Rahman untuk berbincang untuk mencabut undi giliran supaya dapat mencari sedikit makanan dan minuman. 


Undian pertama memihak kepada salah seorang pemuda tersebut dan beliau menadah tangan berdoa kepada Allah serta bertawassul dengan seorang wali Allah yang tidak didengari namanya oleh Syeikh Abd Rahman.


Setelah selesai berdoa tiba tiba turun makanan dan minuman yang tidak diketahui daripada mana asalnya sehingga mengkagumkan Syeikh Abd Rahman dan berhasrat ingin mengetahui siapakan wali Allah tersebut yang pemuda itu bertawassul dengan namanya.


Kemudian pada waktu yang lain giliran kedua jatuh kepada salalah seorang daripada pemuda tersebut juga dan juga melakukam perkara yang sama sebagaimana sahabatnya yang berdoa dan bertawassul dengan nama seorang wali Allah yang
tidak didengari namanya siapa. Setelah selesai berdoa tiba - tiba turun makanan dan minuman sebagaimana berlaku pada sahabatnya.


Akhirnya, tibalah giliran Syeikh Abd Rahman Bajalhaban dan beliau pon berdoa dan bertawassul dengan berkata “Aku bertawassull sebagaimana nama wali yang disebut oleh dua sahabatku” Maka dengan serta merta muncul hidangan mkanan dan minuman dihadapan mereka. Syeikh Abd Rahman terus bertanya kepada dua pemuda tersebut siapa wali tersebut yang disebutkan namanya terus maqbul segala doa.

Maka mereka berkata kami diperintahkan guru kami untuk beruzlah di tempat ini dan sekira terdapat apa jua permasalahan maka bertawassullah dengan nama Syeikh Abd Rahman Bajalhaban kerana beliau menjadi wali berkat kesabaran beliau terhadap isterinya.


Sebaik sahaja mendengar kisah tersebut Syeikh Abd Rahman pon terkejut dan sedar rupanya - rupanya nama yang digunakan 2 pemuda tadi untuk bertawassul ialah dirinya sendiri dan beliau menjadi wali kerana berkat kesabaran kepada isterinya sendiri.

Bahkan, beliau lari daripada isterinya dan ingin beruzlah kerana tidak tahan leteran daripada isterinya. 


Selepas itu beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kediamannya. Sebaik sahaja sampai dirumah dan ingin mengkisahkan kejadian yang berlaku pada dirinya maka jawab sterinya “Wahai suamiku sesungguhnya aku telah mengetahui kisah dan keadaan yanhg berlaku pada dirimu semasa kamu beruzlah sebelum kamu mengkisahkn kepadaku”.


Rupa - rupanya isteri beliau juga merupakan seorang wali Allah.


Sumber : LINK

Posting Komentar
Additional JS