SYEIKH ABDUL RAHMAN BAJALHABAN
"SYEIKH ABDUL RAHMAN BAJALHABAN . Syeikh Abd Rahman Bin Ahmad Ba Jalhaban merupakan salah seorang waliyullah yang hidup sezaman Syeikh Abd Rahman "
Syeikh Abd Rahman Bin Ahmad Ba Jalhaban merupakan salah seorang
waliyullah yang hidup sezaman Syeikh Abd Rahman As Segaf. Tidak banyak kisah
yang dinukilkan mengenai beliau antaranya sewaktu beliau bersama murid -
muridnya keluar disebuah kawasan pergunungan dan padang pasir, datang seorang
pengembala kambing dengan pakaian yang compang camping meminta sedekah.
Syeikh Abd Rahman melayan pengembala tersebut dengan baik dan
memberikan sedikit makanan dan sedeqah sehingga menghairankan para muridnya
yang berfikiran bahawasanya pengembala tersebut tidak layak menerima makanan
dan sedeqah.
Setelah pengembala itu pulang maka para murid bertanya kepada
gurunya hal yang demikian, maka jawablah Syeikh Abd Rahman BaJalhaban
bahawasanya pengembala kambing tersebut ialah Nabi Allah Khidir A.S. yang
datang menziarahi beliau dengan menyamar sebagai seorang pengembala kambing.
KISAH 2
Syeikh Abd Rahman mempunyai seorang isteri yang solehah tetapi
sering berleter dan marah kepada beliau di rumah atas sebab - sebab tertentu. Akhirnya,
Syeikh Abd Rahman tidak tahan akan leteran tersebut dan mengambil keputusan
untuk pergi beruzlah (mengasingkan diri) daripada isterinya di tempat yang
sunyi dan tenang.
Beliau berjalan sehingga terjumpa sebuah gua dan mengambil
keputusan untuk beruzlah didalam gua tersebut. Sewaktu masuk ke dalam gua
tersebut beliau bertemu dengan dua pemuda yang juga sedang berzikir dan
beruzlah di gua tersebut tersebut.
Setelah beberapa lama didalam gua, maka 2 pemuda tersebut memberitahu kepada Syeikh Abd Rahman untuk berbincang untuk mencabut undi giliran supaya dapat mencari sedikit makanan dan minuman.
Undian pertama
memihak kepada salah seorang pemuda tersebut dan beliau menadah tangan berdoa
kepada Allah serta bertawassul dengan seorang wali Allah yang tidak didengari
namanya oleh Syeikh Abd Rahman.
Setelah selesai berdoa tiba tiba turun makanan dan minuman yang
tidak diketahui daripada mana asalnya sehingga mengkagumkan Syeikh Abd Rahman
dan berhasrat ingin mengetahui siapakan wali Allah tersebut yang pemuda itu
bertawassul dengan namanya.
Akhirnya, tibalah giliran Syeikh Abd Rahman Bajalhaban dan
beliau pon berdoa dan bertawassul dengan berkata “Aku bertawassull sebagaimana
nama wali yang disebut oleh dua sahabatku” Maka dengan serta merta muncul
hidangan mkanan dan minuman dihadapan mereka. Syeikh Abd Rahman terus bertanya
kepada dua pemuda tersebut siapa wali tersebut yang disebutkan namanya terus
maqbul segala doa.
Maka mereka berkata kami diperintahkan guru kami untuk beruzlah
di tempat ini dan sekira terdapat apa jua permasalahan maka bertawassullah
dengan nama Syeikh Abd Rahman Bajalhaban kerana beliau menjadi wali berkat
kesabaran beliau terhadap isterinya.
Sebaik sahaja mendengar kisah tersebut Syeikh Abd Rahman pon
terkejut dan sedar rupanya - rupanya nama yang digunakan 2 pemuda tadi untuk
bertawassul ialah dirinya sendiri dan beliau menjadi wali kerana berkat
kesabaran kepada isterinya sendiri.
Bahkan, beliau lari daripada isterinya dan ingin beruzlah kerana tidak tahan leteran daripada isterinya.
Selepas itu beliau mengambil keputusan
untuk pulang ke kediamannya. Sebaik sahaja sampai dirumah dan ingin
mengkisahkan kejadian yang berlaku pada dirinya maka jawab sterinya “Wahai
suamiku sesungguhnya aku telah mengetahui kisah dan keadaan yanhg berlaku pada
dirimu semasa kamu beruzlah sebelum kamu mengkisahkn kepadaku”.
Rupa - rupanya isteri beliau juga merupakan seorang wali Allah.
Sumber : LINK